Jumaat, 14 September 2018

TAHAP PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK


Jika anda ingin membantu anak menjadi seorang yang pintar, pastika anak menguasai lima tahap perkembangannya. Menghantar ke tadika tidak menjamin anak menjadi pintar tetapi rangsanglah anak mengikut tahap perkembangannya.

Potensi kanak-kanak boleh dikenali pasti melalui pelbagai cara antaranya melakukan rangsangan perkembangan dirinya. Sesungguhnya rangsangan yang dilakukan kepada kanak-kanak perlulah mengikut kesesuaian usianya.

Apa yang pasti maklumat sebegini ini amat penting diketahui supaya anak-anak dapat didik dengan betul supaya dapat melangkah memasuki alam persekolahan sebenar tidak lama lagi. 




TERDAPAT LIMA BAHAGIAN RANGSANGAN PERKEMBANGAN ANAK BAGI USIA LIMA HINGGA ENAM TAHUN .

  • Pertumbuhan Fizikal
  • Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Emosi dan Sosial
  • Perkembangan Bahasa
  • Perkembangan Deria dan Motor
Ibu bapa perlu melakukan rangsangan kepada lima tahap perkembangan anak. Faedah yang diperolehi ialah: 



  • Membantu anak mencapai pelbagai jenis kemahiran
  • Meningkatkan kecekapan dan kecerdasan
  • Melatih kestabilan emosi
  • Bijak merancang pergerakan
  • Prestasi akademik yang cemerlang
  • Koordinasi dan kestabilan gaya tubuh yang sempurna 




5 TAHAP PENCAPAIAN PERKEMBANGAN PADA USIA LIMA DAN ENAM TAHUN YANG MESTI ANAK KUASAI

Setiap kanak-kanak tahap perkembangannya berbeza. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berusia lima hingga enam tahun atau juga dikenali sebagai kanak-kanak prasekolah. 5 tahap perkembangan anak yang mesti anda tahu.

  1. Pertumbuhan fizikal
Pada usia ini anak muda anda mengalami kematangan struktur tulang dan juga sistem otot yang dapat digunakan untuk melakukan kegiatan-kegiatan seperti berjalan dan berlari. Malah inilah masa untuk anda melatih anak melakukan aktiviti kecergasan otot dan memberikan makanan yang bernutrisi seimbang untuk perkembangan anak anda.

      2. Kemahiran kognitif

Ia merupakan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, meneroka, membentuk idea, merancang, mengira , menyelesaikan masalah, mencipta dan berimanginasi. Kemahiran ini penting untuk kelangsungan hidup seorang individu. Contoh perkembangan kemahiran ini termasuk kemahiran ini termasuk menyatakan umur sendiri, faham konsep angka '10' dan belajar ekspresi diri melalui perkataan.

   3. Perkembangan emosi dan sosial

Ia merujuk kepada kebolehan untuk memahami, mengurus dan melahirkan aspek emosi dan sosial dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dalam kehidupannya seperti pembelajran, membentuk perhubungan, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan kehendak pertumbuhan diri kanak-kanak. Dengan perkembangan emosi sebegini kanak-kanak suka bermain dengan aktiviti yang melibatkan fantasi dan imaginasi. Dia akan merasakan dirinya seperti abang atau kakak yang boleh diharap untuk menjaga adik-beradik, dan cenderung bermain dengan kanak-kanak yang sama jantina. Penting bagi kanak-kanak pada usia ini untuk mulai mengenali dunia luar untuk bersosialisasi dengan teman seusianya.

  4. Perkembangan bahasa

kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari Kemahiran membaca dan menulis. Malah kajian menunjukkan kanak-kanak dengan kemahiran seumpama ini lebih bersedia untuk menerima pelajaran dan kemahiran lain. Latih anak bertutur dengan tatabahasa yang betul dalam kebanyakan masa, boleh mengeja nama sendiri dan menulis beberapa huruf dan nombor, membaca beberapa perkataan mudah.

  5. Perkembangan deria dan motor

Membantu anak mencapai kemahiran deria dan motor supaya dapat seimbang dengan perkembangan dirinya. Perkembangan deria termasuk mengenali tekstur , bentuk dan warna, Manakala perkembangan motor pula merangkumi kawalan pergerakan motor kasar dan halus. Rangsang motor kasar seperti berlari, memanjat, berjalan atau melompat dan rangsangan melibatkan motor halus dengan kegiatan seperti menulis, mewarnai, menggunting, menampal, membutangkan baju dan mengikat tali kasut.





Khamis, 13 September 2018

                CARA MENGALAKKAN KANAK-KANAK MEMBACA


1- Langkah pertama
Berjalan mudah bagi orang dewasa tetapi tidak bagi si manja. Bagi anak-anak, berjalan memerlukan koordinasi kompleks antara tangan, kaki dan keseimbangan. Modul ini mengingatkan ibu bapa untuk beri galakan kerana lama-kelamaan anak akan tahu caranya.
➸ Mempelajari bahasa baru
Kanak-kanak dianggap setahun jagung sukar memahami perkataan tertentu dan ia adalah bahasa baru. Amat penting bagi ibu bapa bercakap dengan perlahan dan terang. Ia membantu anak mengenal perkataan dengan lebih baik. Perlu sabar dan jangan mengharapkan anak memahami segala pertuturan kita.
➸ Bakat menulis
Modul ini mengingatkan bahawa ‘insan kerdil’ memegang pen dan menulis amat besar cabarannya. Tidak hairan anak membuat kesilapan ketika belajar menulis atau melukis. Beri masa melakukannya beransur-ansur.
2 – Makan dengan betul
Modul ini mengajar si manja mengawal diri daripada menumpahkan makanan. Menyuap makanan sendiri memerlukan koordinasi tangan dan mata. Perlukan masa untuk latihan dan sokongan keluarga.
➸ Membina kesabaran
Butang-butang sudah dibentuk bagi melatih anak belajar berpakaian sendiri. Kanak-kanak pada peringkat umur ini mahu melakukannya sendiri. Sebagai ibu bapa, beri galakan dan ajar mereka bersabar.
➸ Membina keyakinan diri
Modul ini mengingatkan ibu bapa bagaimana segalanya seolah-olah sesuatu yang menakutkan sewaktu kita kecil dan perabot adalah besar. Kemudian baru sedar, bagaimana memanjat naik atau turun daripada sofa itu boleh dianggap satu pencapaian.
3 – Setiap si manja adalah unik
Satu modul untuk mengetahui betapa uniknya si manja. Segelintir mereka begitu berani dan ada yang bersifat waspada, ia berbeza mengikut personaliti. Bagi yang suka mengambil risiko, sarankan betapa pentingnya keselamatan. Bagi yang berhati-hati, galakkan mereka mengambil cabaran, jangan takutkan kegagalan.
➸ Matematik mini
Modul ini mengajar bahawa membahagikan sesuatu ke dalam kumpulan adalah perkara biasa misalnya membahagikan sesuatu mengikut warna, saiz atau bentuk. Pembelajaran harus digalakkan bagi membentuk perkembangan Matematik dan bahasa mereka.
➸ Sentuhan muzik
Mempelajari alat muzik bukanlah mudah. Apabila anak menunjukkan minat, mereka memerlukan galakan untuk penghayatan. Anda perlu bersabar jika mereka melakukan kesilapan.
4 – Cipta dunia pembelajaran anda sendiri
Suasana atau persekitaran kondusif mampu menggalakkan si manja belajar dengan lebih berkesan.
➸ Bilik tidur
Bercerita sebelum tidur
Baca buku cerita kepada si manja sebelum tidur bagi mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Cerita akan menarik dan memperkenalkan perbendaharaan kata yang baru, mengajar struktur ayat serta memberikan maklumat berguna untuk kehidupan dan bukan memaksa mengingati perkataan.
➸ Kad imbas
Kad imbas mengandungi perkataan, gambar adalah teknik terbaik membantu memudahkan interaksi anak dan ibu bapa.
➸ Anak patung sarung kaki
Anak berusia setahun rendah daya tumpuannya. Modul ini menunjukkan betapa berkesannya anak patung sarung kaki dalam menarik perhatian si manja.
➸ Cermin
Alat yang digunakan supaya anak belajar mengenai penampilan diri bagi perkembangan intelektual anak. Ajuk ekspresi ibu bapa di depan cermin dan anak akan belajar makna ekspresi itu.
5 – Ruang keluarga dan ruang makan
➸ Bermain doh
Sikap meradang dan kedegilan terbentuk akibat kekecewaan untuk berdikari tetapi tersekat kerana perbendaharaan kata serta kuasa terhad. Keinginan autonomi ini dibentuk secara positif melalui aktiviti tangan seperti membina model doh.
➸ Permainan minda (sorok dan cari alat mainan)
Bantu minda si manja (usia dua dan tiga tahun) membina minda kerana pada usia ini mereka mula memahami perkataan atau gambaran minda. Mereka kurang mampu berfikir secara abstrak dan memerlukan imej sebenar.
Permainan boleh membantu si manja mengasingkan objek dalam pelbagai cara sambil meningkatkan ingatan.
6 – Sekolah malam
Modul ini membiarkan sifat ingin tahu si manja kerana ia proses pembelajaran. Bawa si manja keluar, tunjukkan bulan dan bintang kepada mereka. Pasti mereka bertanya pelbagai soalan kerana sifat ingin tahu mereka. Ia aspek menyeronokkan dan boleh belajar bersama-sama.
7 – Taman ilmu
Ia juga berkesan walaupun hanya berjalan-jalan di taman atau alam semula jadi. Pembelajaran tidak semestinya diperoleh daripada buku. Mencari sesuatu di taman secara berkeluarga menggalakkan si manja prihatin di samping turut membina kemahiran bahasa.


Rabu, 12 September 2018

KEPENTINGAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR KEPADA GURU.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat 
penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:


  1. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
  2. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
  4. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
  5. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
  6. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru.
  7. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid
  8. Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
  9. Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.
  10. Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik
  11. Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.
  12. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
  13. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
  14. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.


Selasa, 11 September 2018

ANTARA KEPENTINGAN DAN KEBURUKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK.

Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen, internet, telefon bimbit, permainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita temui pada hari ini. Malah teknologi ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah :


1-  MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK

Dengan  penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudahdan senang. Dengan adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah unuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, proses pengajaran akan lebih mudah dan berkesan.

2-      MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASITK

Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi murid. Kana-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.

3-      MAHIR PENGGUNAAN ICT    

Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa pentingnya kemudahan teknologi. Boleh dikatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden teruma berkaitan ICT.

4-      KUALITI PDP

Kualiti ini akan bertambah baik seadainya teknologi ICT diimplementasikan kerana teknologi tersebut boleh meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak, di samping boleh mempercepatkan proses sesi pembelajaran. Dengan adanya kemahiran teknologi ICT memberi perubahan kepada kanak-kanak dari segi penimbaan, penggunaan dan pengedaran ilmu pengetahuan.


KELEMAHAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

 Kanak-kanak menjadi ketagih apabila bermain komputer yang mempunyai permainan yang menarik dan permainan tersebut memberi ganjaran apabila berjaya. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ketagih sehingga menjejaskan kesihatan mereka dari segi mata dan kesihatan fizikal lain.



 ICT juga memberikan impak yang buruk kepada kanak-kanak jika tidak di cegah atau dikawal dari awal dan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melankaui batas umur perkembangan mereak yang tidak sepatutnya ketahui. Sebagai contoh bahan-bahan pronologi yang banyak tersebar di laman sosial.


 Dengan penggunaan teknologi juga kanak-kanak akan mengalami masalah pembelajaran dari segi sebutan yang tidak betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan tersebut tetapi tidak menyebut sendiri. Hal ini, menyebabkan artikulasi mereka tidak terlatih menyebabkan sebutan mereka kurang betul.


 Kanak-kanak akan tidak menunjukkan bakat sebenar mereka terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dinilai dan menyebabkan bakat kanak-kanak terbiar begitu sahaja. Oleh kerana deria perkembangan mereka tidak berkembang kerana mereka tidak  mengetahui sesuatu yang sebenar. 

Isnin, 10 September 2018

10 AKTIVITI BANTU ANAK BIJAK DAN KREATIF BERFIKIR DENGAN CARA BERMAIN DI LUAR RUMAH

Bermain di luar rumah dapat membantu anak bijak dan kreatifadalah cara yang ibu bapa perlu beri perhatian. Jika anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti outdoor, ia akan menjadi anak yang lemah dari segi fizikal dan mental. Sekali gus menyebabkan daya keupayaan berfikir anak menjadi lemah.

Pendapat pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak mendapat bahawa kanak-kanak yang tidak aktif bermain di luar rumah akan mengalami kesan negative dari segi perkembangannya antaranya ialah tidak berkemahiran mengawal emosi , daya kreativiti dan penggunaan minda kurang serta menjejaskan kemahiran motor kasar.

Berikiut 10 cadangan aktiviti bermain di luar yang boleh dilakukan bersama anak-anak . Pilih saja untuk anak anda yang sesuai dan pastikan aktiviti untuk anak-anak membina perkembangan dirinya secara positif.



1. BERKEBUN

Ajak anak untukmenyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran. Pastikan anda menyediakan sarung tangan sebelum anak anda mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga.



2. SIRAM BUNGA

Sediakan bekas berisi air untuk anak menyiram pokok bungan di sekeliling kawasan rumah anda. Pasti dia sukakannya apabila menyiram pokok dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain.


3. MELUKIS DENGAN AIR

Berikan satu bekas yang mengandungi air, perwarna air, dan berus lukisan. Biarkan mereka melukis mengikut gerak hatinya pada kertas lukisannya. Dan cuaca yang panas yang mengeringkan lukisannya.



4. BERBASIKAL BERSAMA

Mengayuh basikal bersamanya. Lalukan ia seperti perlumbaan dan anak anda sebagai juara setelah berjaya mengalahkan anda. Pasti ia akan teruja dengan aktiviti ini dan menjadi seorang yang berkenyakinan diri.




5. BUIH

Anda tiup buih, Si kecil akan mengejarnya kesana sini. Pastinya dia akan melompat-lompat untuk mengejar dan mendapatkan buih itu.




6. PERMAINAN BOLA

Ambil bola dan lontarkan ke dalam bakul. Anda juga boleh mengajaknya bermain bola sepak. Pasti anak anda seronok berlari bersama anda.




7. ISTANA PASIR

Memang menyeronokkan dapat bermain pasir terutama sekali apabila pergi ke pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata lakukan aktiviti membina istana pasir . Pasti si kecil teruja untuk melakukan aktiviti ini.



8. BERENANG

Kanak-kanak sukakan air. Lakukan aktiviti berenang untuk mendapatkan manfaat cahaya sinaran. Seeloknya memakai krim pelindung cahaya matahari untuk mengelak kulit daripada mengalami keradangan kulit.




9. BARING BERSAMA

Aktiviti ini sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan bayi duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang selesa.



10. COP KAKI

Sediakan kertas kosong dan beberapa pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil. Biarkan anak anda berjalan di atas kertas putih. Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya pada kertas putih .




Ahad, 9 September 2018

CIRI-CIRI PERSEKITARAN TADIKA/TASKA YANG BERKUALITI


  • Persekitaran ialah gabungan kualiti fizikal dan kualiti manusia untuk mewujudkan atau menghasilkan satu ruang pada kanak-kanak dan orang dewasa bagi bekerjasama dan bermain bersama dan merangkumi aspek keadaan fizikal, keadaan interpersonal dan aspek waktu agar dapat menggalakkan pembelajaran kanak-kanak.  
  • Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, tadika dibina berdasarkan keperluan umur antara 5 hingga 6 tahun manakala TASKA pula dibina untuk keperluan bayi dari lingkungan 0 sehingga 4 tahun.

                       Ruangan Dalaman Bangunan (Indoor)

•Ruang senyap-kering
 –Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahseperti kegiatan membaca, mendengar, bercerita dan menulis.
•Ruang aktif-kering.
 –Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahaktiviti yang berkaitan dengan motor kasar.
•Ruang senyap-basah.
 –Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahyang memerlukan air seperti aktiviti lukisan, permainan tanah liat dansebagainya
•Ruang aktif-basah.
 –Ruang ini digunakan untuk aktiviti permainanpasir dan air.

                                      RUANG UNTUK MEMBACA


RUANG UNTUK KOMPUTER


RUANG UNTUK BELAJAR



                        


RUANG UNTUK REHAT



RUANG UNTUK KELAS MUZIK



RUANG MAIN PERANAN



Ruangan Luaran Bangunan (Outdoor)
  • Persekitaran tadika yang berkualiti seharusnya menyediakan sebuah kawasan yang membolehkan kanak-kanak bergerak bebas bagi mengembangkan fizikal kanak-kanak.
  • Kawasan-kawasan ini juga perlu menyediakan maklumat-maklumat baru yang boleh meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak melalui uji kaji.
  • Menyediakan persekitaran luar yang meransang perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Contohnya,menyediakan ruang untuk kanak-kanak bertatih ,menolak atau menarik permainan semasa bermain di luar.
  • Secara ideal, kawasan permainan luar bersebelahan dengan kawasan dalaman disertakan dengan kemudahan keluar masuk ke tandas.Ia juga perlu dipagar dengan selamat dan mempunyai kawasan tertutup bagi melindungi daripada panas dan hujan.

TAMAN PERMAINAN



RUANG UNTUK RENANG




RUANG MAKAN DAN RUANG SAMBUTAN HARI JADI KANAK-KANAK





TANDAS







                 

Khamis, 6 September 2018

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS


Sabar

Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka. Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun kita mesti ada batasnya. Oleh itu, sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali bersemangat untuk mengajar mereka.

Kreatif Dan Mempunyai Idea Yang Berterusan

Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting bagi menjadi guru yang berkesan.


Ilmu Pengetahuan:
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru juga harus mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya tidak terkial-kial menjawab soalan yang di kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan masyarakat dan sekolah.

Kemahiran:

Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Bertanggungjawap

Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

Inovasi

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Adil

Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil.


Empati

Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas. Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini. Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibu bapa tidak mempunyaai ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna


Simpati

Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan kepada kanak-kanak dengan nasib mereka. Sentiasa membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka

Kreatif dan berbakat

Guru yang kreatif adalah guru yang meneroka murid-murid. Murid-murid menunggu guru kerana tidak sabar untuk mempelajari pengajaran baru. Setiap guru mempunyai kreativiti masing-masing. Guru haruslah mendapatkan ilmu daripada bahan-bahan bacaan dan memperkembangkan kreativiti dalam diri. Guru yang kreatif akan meyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan keburukan dan kelemahan para pelajar. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melaayan murid pendidikan khas dengan layanan yang baik, tidak memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami kelaluan pelajarnya. Guru seharusnya menyayangi murid-murid pendidikan khas seperti mereka menyayangi murid-murid biasa.