9 faktor YANG BOLEH DILIHAT PADA ANAK
AUTISME
simptom dan tanda-tanda autisme ini mungkin berbeza-beza, namun
kami hari ini akan menyenaraikan 9 tanda autisme yang paling biasa ditemui.
Pastikan anda sentiasa
memerhati dan memeriksa perkembangan anak, ya! Kalau ada apa-apa yang
merisaukan, sila dapatkan pandangan pakar. Jangan ambil sikap untuk menunggu.
Faktor- faktor
autisme #1: Perkembangan motor yang lambat
Adakah perkembangan motor anak anda sedikit lambat? Contohnya seperti berguling, merangkak, berjalan atau
bercakap?
Gangguan autisme biasanya melibatkan perkembangan anak-anak yang menjadi
lambat. Jadi, ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak.
Antara perkembangan motor yang lambat seperti:
- Bayi
umur 6 bulan:
tidak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang
- Bayi
umur 9 bulan:
tidak mengeluarkan bunyi dan ekpresi muka
- Bayi
umur 12 bulan:
tidak mahu “baby talk“, lambat bercakap, tidak mahu melambai dan
sebagainya
Ciri ciri autisme #2:
Mahu perhatian anda secara berlebihan
Anda boleh lihat tanda autisme yang satu ini apabila anak seakan-akan
tidak selesa dengan orang lain. Mereka hanya mahu memeluk dan mendapatkan
perhatian anda.
Ini bermakna mereka sukar untuk berhubung dengan individu lain. Malah,
anak juga mungkin tidak sedar dan tidak berminat dengan persekitarannya.
Biasanya, bayi kecil mungkin tidak mahu dengan orang. Tapi jika anak
yang sudah semakin besar pun menunjukkan sikap yang sama, hati-hati!
Anak autistik akan sukar untuk membuat kawan dan bermain.
Ciri ciri autisme #3:
Kurang pergerakan
Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka
seakan-akan keras seperti “robot”.
Mereka juga tidak akan melambai, menunjukkan sesuatu atau cuba mencapai
benda yang diingini mereka.
Biasanya, perkembangan ini akan dicapai oleh bayi ketika mereka berusia
9 hingga 10 bulan.
Ciri ciri autisme #4:
Perbuatan berulang
Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autisme yang satu ini?
Anak sering melakukan perbuatan berulang seperti mengibas-ngibas
tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan?
Anak autistik amat gemar dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti
menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang
siling dan sebagainya.
Malah mereka juga mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar
mereka berulang-ulang kali.
Ciri ciri autisme #5:
Tiada ‘baby talk’
Baby talk atau babbling adalah perbuatan bercakap yang
biasa dilakukan oleh bayi apabila mereka mencapai umur 12 bulan.
Walaupun ibu bapa tidak akan faham apa yang anak “bebelkan”, anak
autistik lebih cenderung untuk tidak melakukannya.
Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi
beberapa kesukaran untuk bercakap seperti tidak mampu menjawab soalan,
sering mengulangi perkataan sama, tidak memahami arahan dan sukar menyatakan
kehendak mereka.
Ciri ciri autisme #6:
Tidak respon jika dipanggil
Walaupun bayi sudah masuk usia 6 hingga 12 bulan, namun mereka masih
tidak memberi respon jika namanya dipanggil? Itu mungkin satu lagi tanda
autisme!
Ini kerana kebiasaannya, anak autistik memang sukar untuk membina hubungan sosial dengan orang lain.
Sebab itu juga mereka sukar untuk disentuh, tidak mahu bermain permainan
“olok-olok” dan suka meniru orang lain.
Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka
seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka.
Malah, mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang disertai ramai
orang!
Ciri ciri autisme
ringan #7: Tiada ‘eye contact’
Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang
menunjukkan eye contact? Bagaimana dengan penglihatannya?
Adakah dia akan mengikut jika anda menunjukkan objek padanya?
Tiada eye contactadalah salah satu tanda awal autisme yang anda
boleh kenalpasti.
Jika anda mahukan kepastian, ketika tengah beri bayi makan, cuba senyum
dan pandang matanya. Lihat bagaimana respon si kecil itu.
Ciri autisme ringan
#8: Kurang senyum!
Pada usia 6 bulan ke atas, bayi biasanya akan mula memberikan senyuman gusi pertama pada ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
Tapi jika anak anda tidak mahu senyum atau jarang senyum, hati-hati!
Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya.
Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang
sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak
autistik.
Ciri autisme ringan
#9: Anak tidak fleksibel
Ciri autisme ringan yang
paling biasa boleh dilihat adalah anak tidak mampu menerima perubahan.
Contohnya
mereka ada jadual yang ketat untuk diikut. Kalau anda melakukan sedikit
perubahan, mereka mungkin mampu mengamuk!
Malah, anak autistik juga
sukar untuk melepaskan barang kesayangannya. Mereka mempunyai postur badan yang
kurang normal dan lebih bersikap cuai.
Mereka juga cenderung
untuk menyusun barangan kesayangan mereka berulang-ulang kali.
Jika anda dapat mengesan
beberapa tanda di antara 9 tanda-tanda ini, segera dapatkan pandangan
pakar.
Tiada apa yang perlu
dimalukan. Anak autistik bukan bermaksud mereka kurang berkeupayaan, sebaliknya
perkembangan dan cara membesarkan mereka mungkin perlu sedikit berbeza.
Jadi, lakukan tugas anda
sebagai ibu bapa dengan lebih berhemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan