Ahad, 26 Ogos 2018

Contoh Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Sektor pendidikan di Negara kita telah menegaskan konsep hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.
Murid berkeperluan khas dalam Program Pendidkan Khas dan Integrasi dalam Sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa  jenis iaitu:

                                   


Sindrom Down

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan kromosom tambahan pada kromoson nombor 21 yang terdapat pada bayi.







Perkembangan Lewat
Murid slow learner atau murid lembam merupakan murid yang mempunyai IQ di bawah paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100.  Skor ujian IQ bagi Slow learner berada antara 70 dan 90. 


                                             


Autisme

Autism membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak yang menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.





                                                           


Disleksia
Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.





Hiperaktif

Menurut Azizi Yahaya  (2006) gangguan hiperaktif dan  kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan  perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai  ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih   kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan  pada individu di peringkat perkembangan yang normal

                        


Cerebral Palsi
Cerebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap: bentuk muka , pergerakan , kemahiran motor


                             
Masalah Penglihatan
Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.
Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)

Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. 

(b) Kategori blind (buta) 
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.








                            

Masalah Pendengaran
Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Klasifikasi masalah pendengaran

1. Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 

2. Hilang Pendengaran jenis sensori neural
 Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 

3. Hilang pendengaran jenis campuran
Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.



Sabtu, 11 Ogos 2018

Setiap kanak-kanak mempunyai pendekatan dan teknik pembelajaran yang unik dan berbeza. Walaupun hal ini demikian, sistem pendidikan sekolah hanya menggunakan satu cara sahaja untuk menyampaikan ilmu. Ini mungkin sebab mengapa sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah untuk memahami apa yang diajar di sekolah.
Terdapat pelbagai cara untuk mempelajari sesuatu, tetapi hari ini kita hanya akan menyentuh 6 jenis sahaja:

⇨ 1 Secara lisan

Pelajar jenis ini gemar belajar; tak kira dengan mendengar ataupun membaca. Mereka mempunyai ciri-ciri berikut:
  • biasanya mempunyai memori yang sangat baik
  • akan membaca dan menulis semula nota-nota mereka
  • suka membuat senarai dengan kata kunci apabila belajar





⇨ 2 Secara logik


Pelajar yang belajar menggunakan teknik ini sangat mahir dalam penaakulan matematik dan logik. Mereka boleh menyelesaikan masalah nombor dengan mudah. Ciri-ciri mereka ialah mereka:
  • gemar permainan strategi
  • Suka memahami sebab di sebalik jawapan
  • Memberi tumpuan kepada statistik

⇨ Secara Sosial

Prestasi kanak-kanak yang belajar secara social akan bertambah baik apabila mereka belajar secara berkumpulan. Mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan gemar bercakap dengan orang lain.
  • pandai membaca emosi orang lain dengan mudah
  • suka mengajar orang lain apa yang telah dipelajari
  • suka berkongsian pengetahuan





⇨ Secara Bersendirian

Tetapi terdapat juga pelajar yang lebih suka belajar bersendirian dengan persekitaran yang tenang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar jenis ini pandai menguruskan matlamat dan masa mereka. Ciri-ciri lain pelajar ini:
  • Biasanya pendiam kalau berada dalam aktiviti berkumpulan
  • Akan cuba dan mencari tempat yang tenang dan selesa untuk belajar






⇨5 Secara visual

Pelajar visual menggunakan gambar, warna dan imej untuk belajar. Pelajar ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:
  • gemar menggunakan peta, carta atau graf
  • suka membuat garis kasar untuk segala-galanya
  • minat teknologi visual





⇨6 Secara auditori



Pelajar auditori :
  • lebih suka menghadiri kuliah dari membaca buku rujukan
  • membaca dengan kuat agar dapat mendengar nota-nota mereka sendiri
  • suka mengambil bahagian dalam perbincangan
  • suka aktiviti berbahas
Sesetengah kanak-kanak mungkin menggunakan lebih dari satu jenis teknik pembelajaran. Ada pula yang mungkin lebih suka menggunakan teknik paling dominan mereka.
Kita perlu sedar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menuntut ilmu dan jika ibu bapa dan anak tahu teknik yang paling sesuai, ini boleh membantu potensi pembelajaran mereka.
Jika anak hanya menggunakan kaedah yang sama untuk belajar, kita sebagai ibu bapa boleh cuba untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai cara lain apabila mengajar di rumah. Ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka untuk memahami apa yang dipelajari di sekolah dengan lebih baik.
Sebenarya, tidak ada teknik yang betul atau salah, tetapi apabila anak didedahkan kepada pelbagai jenis teknik pembelajaran, ini boleh:
  1. meningkatkan pemikiran kritikal,
  2. membolehkan mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri,
  3. memperluaskan pandangan mereka tentang cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah, dan
  4. membangunkan idea-idea baru dari perspektif yang berbeza.
Kemahiran ini yang dipupuk sekarang tidak akan hilang selepas tamat persekolahan, sebaliknya, mereka boleh menggunakannya teknik-teknik ini apabila mereka memulakan kerjaya pada masa depan.