Contoh Kanak-kanak
Berkeperluan Khas
Sektor
pendidikan di Negara kita telah menegaskan konsep hak semua kanak-kanak untuk
diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan
intelek kanak-kanak tersebut.
Murid berkeperluan khas dalam Program Pendidkan Khas dan
Integrasi dalam Sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Sindrom
Down
Sindrom Down ialah penyakit keturunan
disebabkan kromosom tambahan pada kromoson nombor 21 yang terdapat pada
bayi.
Perkembangan Lewat
Murid
slow learner atau murid lembam merupakan murid yang mempunyai IQ di bawah
paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100. Skor
ujian IQ bagi Slow learner berada antara 70 dan 90.
Autisme
Autism
membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak yang
menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Disleksia
Disleksia merujuk
kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun
mempunyai daya pemikiran yang normal.
Hiperaktif
Menurut
Azizi Yahaya (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan
atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku
ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti
kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan
teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu
di peringkat perkembangan yang normal
Cerebral Palsi
Cerebral palsi
adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada
otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan
terhadap: bentuk muka , pergerakan , kemahiran motor
Masalah
Penglihatan
Dari segi
pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan
pendidikan khas kerana masalah penglihatan.
Klasifikasi masalah
penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(a)
Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision
juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18
sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan
kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu
dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
(b) Kategori blind (buta)
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada
mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah
menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.
Masalah Pendengaran
Ia adalah
masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami
apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Klasifikasi masalah
pendengaran
1. Hilang
pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat
bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran
atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan
tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan
secara perubatan atau pembedahan.
2. Hilang
Pendengaran jenis sensori neural
Masalah ini
disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.
Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami
pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat
dibantu dengan alat batu pendengaran.
3. Hilang
pendengaran jenis campuran
Kombinasi
dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan