Rabu, 4 Julai 2018

                               Early Childhood Education

Pendidikan awal kanak-kanakmerupakan pendidikan peringkat awalusia kanak-kanak.
 Awal kanak-kanak ialah istilah yangmerujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahapumur lapan tahun.
 Pendidik kanak-kanak menggunakanistilah awal kanak-kanak iaitu ( early childhood ) dan pendidikan awal kanak-kanak sebagai ( early childhood education )


 Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun (Taska) tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 (308) dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun (Tadika) tertakluk kepada Akta Pendidikan1996 (550).

Mengikut ‘
The National Association for The 
Education of Young Children (NAEYC)’ 
atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala programpendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahi rhingga ke umur lapan tahun

Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.

Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan.

Ekoran daripada pendapat Head Start Project, (iaitu suatu projek kanak-kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal-awalnya), menunjukkan bahawa baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu.



Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan