Khamis, 5 Julai 2018

PEMAKANAN YANG SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK

Adalah amat penting untuk memasukkan makanan daripada semua kumpulan diet kanak-kanak agar mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Teruskan membaca untuk mengetahui 7 jenis makanan yang anda mesti masukkan dalam diet anak anda.
Menggalakkan anak-anak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat juga amat penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan rapu yang mudah dibeli. Secara asasnya, ibu-bapa perlu mengamalkan dan memperkenalkan makanan sihat dalam diet keluarga. Jangan pula makan makanan rapu yang popular zaman 90an.
Kanak-kanak memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral untuk membesar. Jika ada masa, boleh baca artikel kami sebelum ini yang membincangkantips pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak. Ini contoh makanan kanak kanak yang sesuai.
BUAH-BUAHAN

Buah-buahan membekalkan serat, vitamin dan mineral penting. Buah beri (sepertiblueberry, raspberry, blackberry) adalah yang terbaik kerana ia melindungi daripada penyakit jantung, kencing manis, memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan lemak yang tidak diingini.
Oren adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin C. Campurkan buah-buahan yang berlainan warna dan membuat ‘smoothie‘ dalam mangkuk anak anda yang mempunyai warna yang menarik.
Namun, tidak perlu tampak seperti ‘Mat Salleh‘ sangat. Buah-buahan tropika juga amat bagus untuk anak kita. Buah-buahan tempatan seperti belimbing, pisang, tembikai dan lain-lain juga sesuai. Mana-mana buah-buahan adalah baik untuk anak anda.
Hasil carian imej untuk BUAH BUAHAN
SAYUR-SAYURAN
Cuba selitkan diet anak anda dengan sayuran. Tomato mempunyai ‘lycopene‘ yang melawan kanser. Untuk cara yang mudah, anda boleh menggunakan sos tomato dalam pasta atau bebola daging. Sayur kobis, brokoli dan lain-lain pula mempunyai phyconutrients, serat dan vitamin.
Anda boleh gaulkan salad ini dalam mangkuk anak anda bersama-sama dengan mayonnaise mengikut kesesuaian. Jika buat sandwic, tambahkan kentang manis. Anda juga boleh pertimbangkan bayam, yang penuh dengan vitamin dan zat besi, dan selasih, penuh dengan antioksidan.
Sekali lagi, nampak seperti ‘Mat Salleh’ sangat? Kalau tekak tak boleh masuk, ajarkan anak makan ulam-ulaman tempatan. Sedap juga!
Hasil carian imej untuk sayur sayuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan